Pelajar Politeknik Seberang Perai(PSP) kini aktif dengan perniagaan secara offline dan online setelah mengikuti kursus DPB5063- Digital Entrepreneurship Development dan PB201-Entrepreneurship yang ditawarkan di politeknik dan juga in-house training dianjurkan oleh Malaysia Polytechnic Entrepreneurship Center(MPEC), Multimedia Development Corporation(MDEC) dan Unit Keusahawanan PSP dengan kerjasama penasihat industri PSP. Pada awal tahun ini, sebanyak 20 buah syarikat yang dimiliki oleh 46 orang pelajar Diploma Pengajian Perniagaan(DPM) semester 4A sesi Disember 2015 telah berjaya mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Pelajar DPM 4A telah dilantik sebagai AJK Bazaar Malam@PSP untuk sesi Disember 2015 selari dengan keperluan penilaian projek akhir untuk kursus DPB5063. Operasi Bazaar Malam@PSP di pantau oleh Penyelia Bazaar Malam@PSP yang diketuai oleh Puan Suliza Binti Othman dan dibantu 20 orang mentor yang terdiri dari pensyarah dari pelbagai jabatan pengajian dari minggu pertama pada 20 Januari 2016 hingga minggu terakhir pada 30 Mac 2016. |
Cabutan Bertuah, Pemenang Pertandingan PES & Gamez@ Online Business
Sehingga kini, pelajar DPM meraih pendapatan jualan dalam talian (online) sebanyak RM18,000 sejak beroperasi awal bulan Januari 2016 manakala usahawan muda lain dari pelbagai jurusan pengajian yang terlibat dalam perniagaan di bazaar sebanyak RM15,783.78. Ini menjadikan jumlah jualan oleh Usahawan Muda PSP sepanjang bulan januari hingga mac 2016 sebanyak RM 33,793.78.
|
Pelajar dari pelbagai jurusan program pengajian terlibat secara aktif dalam program Bazaar Malam@PSP yang diadakan setiap hari rabu di Entrepreneurial Bazaar PSP. Peniaga bazar ini disertai seramai 250 orang pelajar serta komuniti setempat. Bazar ini telah dirasmikan oleh Mejar (K) Haji Zulkifli Bin Ariffin, Pengarah Politeknik Seberang Perai pada 12 Ogos 2015. Objektif bazar ini diadakan untuk memberi medan kepada pelajar memperkenalkan barangan keluaran pelajar serta meluaskan pasaran hasil produk inovasi pelajar. Dalam bazar ini, pelajar bersaing secara sihat dengan peniaga yang sudah bertapak lebih lama dalam dalam bidang perniagaan.
Majlis penutupan Sementara Bazaar Malam PSP
Majlis penutup sementara bazar ini telah diadakan pada 31 March 2016 untuk memberi laluan pelajar menjalani peperiksaan akhir sesi Disember 2015. Bazar Malam @PSP akan beroperasi pada pada semester hadapan dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik.
|
Ucapan Pengarah PSP dalam majlis penutupan ini menegaskan bahawa program ini bukan sahaja melahirkan pelajar menceburi bidang usahawan malah menyemaikan sikap keusahawan dalam diri pelajar dalam menceburi pelbagai pekerjaan yang lain.
Selain itu, pihak pengurusan PSP komited melahirkan usahawan muda politeknik dengan menyediakan fasiliti keusahawanan baharu seperti menaiktaraf tapak bazar malam, mewujudkan ruang tambahan Youth Entrepreneur Station(YES) bersebelahan Pusat Islam dan Medan Selera kolej kediaman baharu yang berhampiran tasik PSP. |
Bazaar Malam PSP merupakan salah satu program inkubator ini diselia oleh mentor yang terlatih dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar menjalani latihan praktikal membuka gerai seterusnya melakukan aktiviti urusniaga dengan pelbagai kempen yang menarik. Program ini dapat memupuk budaya amalan perniagaan secara berterusan di kalangan pelajar. Justeru itu, program ini juga sebagai persediaan awal pelajar menempuhi real world business sejurus menamatkan pengajian di politeknik.