• Home
  • About
  • Ecosystem Entrepreneurship @ PSP
    • Online Community
  • Contact
    • Tempahan Tapak
BAZAAR MALAM @ POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Jawatankuasa Bazaar Malam@ PSP

PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN PERNIAGAAN(DPM) 
JABATAN PERDAGANGAN, POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Mentor & Coach : Encik Mohd Hafiz Bin Abdul Halim. PSP
dengan kerjasama
​

UNIT KEUSAHAWAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI

PASUKAN KAMI

AJK Scape Paradise (Pelajar DAT5B) sesi Disember 2018
Picture
PENYELARAS PROGRAM:
Picture
Mohd Hafiz b. Abdul Halim
​hafiz@psp.edu.my
➳ Ahli Jawatankuasa sesi Dis 2018
Picture
AJK DPM4A sesi Disember 2015
👓 Latar belakang DPM4A
PENYELARAS PROGRAM:
Picture
Suliza bt Othman suliza@psp.edu.my
➳ Ahli Jawatankuasa sesi Dec 2015
Picture
AJK DPM5C sesi Jun 2015
PENYELARAS PROGRAM:
Picture
Mohd Hafiz b. Abdul Halim
​hafiz@psp.edu.my
➳ Ahli Jawatankuasa sesi Jun 2015
Picture
AJK DPM5B sesi Disember 2014
PENYELARAS PROGRAM:
Picture
Mohd Hafiz b. Abdul Halim
​hafiz@psp.edu.my
➳ Ahli Jawatankuasa Sesi Dec 2014
1.0 PENGENALAN
Program Transformasi Politeknik adalah bermatlamat melestari pembangunan modal insan keluaran politeknik yang akhirnya akan menghasilkan keupayaan baharu kepada politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara melangkaui tahun 2020. Justeru itu, PSP sebagai agensi pendidikan dan  latihan teknik & Vokasional  menggalas tanggungjawab besar untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Justeru itu, Program Bazaar Malam PSP yang akan diadakan ini selaras berdasarkan model TIME (Transforming Initiatives to Enhance Marketability and Entrepreneurship) dan SPICE (Special Projects on Incubation, Coaching and Entrepreneurship) di PSP selari KPI MPEC dan PPPM(PT). Usaha dan Inisiatif  untuk menerapkan nilai –nilai dan kemahiran keusahawanan melalui 3 komponen iaitu:
  1. Kesedaran Keusahawanan
  2. Pembudayaan Keusahawanan
  3. Pengukuhan Keusahawanan.
 
​Model TIME |Program Bazaar Malam PSP
Sejajar dengan usaha politeknik menyediakan Pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik yang memberi latihan peningkatan kemahiran (up-skilling) dan latihan pemantapan kemahiran(re-skilling).
 
Program SPICE |Program Bazaar Malam PSP
Program SPICE disusun bagi:
  1. Membudaya, menanam serta memberi pendedahan sifat dan ciri keusahawanan kepada pelajar – sebagai usahawan atau pekerja;
  2. Mengurangkan kadar pengangguran dengan melahirkan lebih ramai job creator berbanding job seeker.​
Picture
Picture
2.0 RASIONAL
Dalam usaha politeknik melahirkan graduasi yang berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran, program BAZAAR MALAM PSP diadakan untuk mengecapi matlamat tersebut. Program BAZAAR MALAM PSP adalah salah satu program yang dianjurkan untuk memenuhi keperluan permarkahan pelajar untuk kursus Digital Entrepreneurship Development (DPB5063), Entrepreneurship (PB201 & DPB 2012) dan Cyberpreneurship (FP601).

Selain itu, pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang menyelesaikan masalah secara berkumpulan, merapatkan hubungan diantara para pelajar, pensyarah serta kakitangan politeknik yang terlibat secara langsung dan tidak lansung serta mempraktikkan kemahiran generik lain yang bersesuaian sebagai pelajar yang mengambil kursus keusahawanan.

​Kursus ini menuntut para pelajar menjalani latihan praktikal dengan membuka gerai secara online dan offline seterusnya melakukan aktiviti transaksi urusniaga bagi memupuk budaya amalan perniagaan secara berterusan kepada seluruh pelajar sepenuh masa PSP pelbagai jurusan yang berminat untuk menceburkan diri dalam program. Program ini juga sebagai persediaan pelajar menempuhi real world business sejurus menamatkan pengajian di politeknik.
 
 3.0 OBJEKTIF
Objektif mengadakan Program BAZAAR MALAM PSP ialah:
Picture
 4.0 TARIKH DAN WAKTU OPERASI
Program BAZAAR MALAM PSP ini akan dilaksanakan pada setiap hari rabu sepanjang semester sesi Disember 2015 seperti tarikh dibawah. Waktu operasi BAZAAR MALAM@ PSP bermula pada pukul 6.00 petang hingga  11.00 malam.

5.0 TEMPAT
Entrepreneurial Bazaar, Politeknik Seberang Perai. Peta lokasi dan pelan tapak Bazaar Malam@PSP seperti lampiran 3.
 
6.0 PESERTA
Peserta adalah terdiri daripada 49 orang yang terdiri pelajar kelas DPM 4A selaku Urusetia Pengurusan Tapak Bazaar Malam@PSP, pelajar PSP sepenuh masa, Alumni PSP dan komuniti yang berminat untuk berniaga di BAZAAR MALAM@PSP. Senarai IKS/pelajar dan penyelaras seperti lampiran 4.

7.0 ANJURAN
Politeknik Seberang Perai(PSP), Malaysia Polytechnic Entrepreneurship Center(MPEC), Unit Keusahawanan PSP, Jabatan Akademik PSP dan Jawatankuasa Pelajar Kelas DPM 4A.
 
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN & KONSESI
Pengurusan dan skop tugas Bazaar Malam@PSP yang diselia oleh Jawatankuasa Jawatankuasa Bazaar Malam@PSP seperti dibawah: 
Picture
9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pelajar akan mendapat pendedahan situasi yang sebenar alam pekerjaan dalam bidang perniagaan serta membantu para pelajar dalam  mempraktikkan segala kemahiran yang mereka pelajari seperti akauntan, kemahiran mengurus, kemahiran komunikasi dan kemahiran membuat perancangan serta pelbagai kemahiran lain selama 6 semester di Politeknik Seberang Perai. Kami sangat berharap program ini dapat disokong dan diluluskan agar semua pelajar dapat didedahkan dengan dunia keusahawanan
Join Now
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.