Bazaar Malam PSP sesi Dis 2018
-----------------------------------------------------------------------------
PELAJAR POLITEKNIK RAIH PENDAPATAN RM 7,000 SEMINGGU
-----------------------------------------------------------------------------
|
Pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP) kini aktif dengan perniagaan online dan offline setelah mengikuti kursus DPB 2012 – Entrepreneurship yang ditawarkan di politeknik dan juga in-house training dianjurkan oleh Malaysia Polytechnic Entrepreneurship Center (MPEC), Multimedia Development Corporation (MDEC) dan Unit Keusahawanan PSP dengan kerjasama penasihat industri PSP.
|
Pada awal tahun ini, sebanyak 10 kelas yang terdiri daripada pelajar Jabatan Perdagangan. 6 orang pelajar daripada DAT5B telah dilantik sebagai AJK Bazaar Malam@PSP untuk sesi Disember 2018 untuk menguruskan dan melancarkan selari dengan keperluan penilaian projek akhir untuk kursus DPB 2012 – Entrepreneurship.
Operasi Bazaar Malam@PSP dipantau oleh Penyelia Bazaar Malam@PSP yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz bin Abdul Halim dan dibantu oleh 16 orang mentor yang terdiri dari pensyarah dari Jabatan Perdagangan dari minggu kedua pada 10.01.2019 hingga minggu terakhir pada 31.12.2018. Pelajar yang mengambil jurusan program ini terlibat secara aktif dalam program Bazaar Malam@PSP yang diadakan setiap hari rabu di Tapak Parkir Motorsikal. Objektif Bazaar ini diadakan untuk memberi medan kepada pelajar memperkenalkan barangan keluaran pelajar serta meluaskan pasaran hasil produk inovasi pelajar. Dalam Bazaar ini, pelajar bersaing secara sihat dengan peniaga yang sudah bertapak lebih lama dalam bidang perniagaan.
|
Selain itu, pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang menyelesaikan masalah secara berkumpulan, merapatkan hubungan diantara para pelajar, pensyarah serta kakitangan politeknik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta mempraktikkan kemahiran generik lain yang bersesuaian sebagai pelajar yang mengambil kursus keusahawanan.
Kursus ini menuntut para pelajar menjalani latihan praktikal dengan membuka gerai seterusnya melakukan aktiviti transaksi urusniaga bagi memupuk budaya amalan perniagaan secara berterusan kepada seluruh pelajar sepenuh masa PSP pelbagai jurusan yang berminat untuk menceburkan diri dalam program. Program ini juga sebagai persediaan pelajar menempuhi real world business sejurus menamatkan pengajian di politeknik.