Bazaar Malam PSP sesi Jun 2015
-----------------------------------------------------------------------------
PELAJAR POLITEKNIK RAIH PENDAPATAN RM 67,257.70
-----------------------------------------------------------------------------
Pelajar dan graduan Politeknik Seberang Perai(PSP) kini aktif dengan perniagaan secara offline dan online setelah mengikuti kursus yang ditawarkan di politeknik dan juga inhouse traning dengan kerjasama jaringan kaloborasi dengan indusri. Sebanyak 41 buah syarikat yang dimiliki oleh pelajar telah berjaya mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sehingga kini, pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan(DPM) semester 5 meraih pendapatan tambahan sebanyak RM 67,257.70 dengan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh Malaysia Polytechnic Entrepreneurship Center(MPEC), MDEC dengan kerjasama Unit Keusahawanan PSP serta jaringan penasihat industri PSP.
|
Pelajar DPM turut terlibat secara aktif dalam program Bazaar Malam@PSP yang diadakan setiap hari rabu di pintu masuk utama PSP. Objektf bazar ini diadakan untuk memberi medan kepada pelajar memperkenalkan barangan keluaran pelajar serta meluaskan pasaran hasil produk inovasi pelajar. Dalam bazar ini, pelajar bersaing secara sihat dengan peniaga yang sudah bertapak lebih lama dalam dalam bidang perniagaan. Peniaga bazar ini disertai seramai 174 orang pelajar pelbagai jurusan serta komuniti setempat.
|
Bazar ini telah dirasmikan oleh Mejar (K) Haji Zulkifli Bin Ariffin, Pengarah PSP pada 12 Ogos 2015 dan majlis penutup sementara bazar ini pada 30 September 2013 untuk memberi laluan pelajar menjalani peperiksaan akhir sesi jun 2015. Pengarah PSP menegaskan bahawa program ini bukan sahaja melahirkan pelajar menceburi bidang usahawan malah menyemaikan sikap keusahawan dalam diri pelajar dalam menceburi pelbagai pekerjaan yang lain. Bazar Malam @PSP akan beroperasi pada pada semester hadapan dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik.
Selain itu, pelajar DPM juga menjalankan operasi perniagaaan serta membantu pengurusan kiosk di Youth Entrepreneur Station(YES). Pelajar DPM juga mensasarkan YES akan mendapat akreditasi Sijil Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2016. Dengan adanya fasiliti Youth Entrepreneur Station(YES) ini dapat mensasarkan pelajar sepenuh masa PSP pelbagai jurusan yang berminat untuk menceburkan diri dalam program inkubator keusahawanan. Program inkubator ini diselia oleh mentor yang terlatih dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar menjalani latihan praktikal membuka gerai seterusnya melakukan aktiviti urusniaga dengan pelbagai kempen yang menarik. Program ini dapat memupuk budaya amalan perniagaan secara berterusan di kalangan pelajar. Justeru itu, amalan juga sebagai persediaan awal pelajar menempuhi real world business sejurus menamatkan pengajian di politeknik.
#mentorcoachpsp #politeknikmalaysia #politeknikseberangperai#soaringupwards #mdec #klinikeusahawan #eusahawanpsp #psprock
#mentorcoachpsp #politeknikmalaysia #politeknikseberangperai#soaringupwards #mdec #klinikeusahawan #eusahawanpsp #psprock